Hmm...soalan yang menarik. Saya kongsikan maklumat daripada http://www.babycenter.com/
- Bayi anda menatap wajah anda
- Bayi anda berfikir mengenai anda walaupun ketika anda tiada di sisinya
- Anak anda buat perangai
- Anak anda berlari mendapatkan anda apabila dia jatuh atau berasa sedih
- Anak anda memberikan anda bunga yang diambil di taman, kad berbentuk hati yang dilukis sendiri, batu yang dicat atau hadiah lain
- Anak anda mula mendapatkan pandangan dan persetujuan anda dalam hal yang dilakukannya
- Anak anda mula mempercayai anda untuk menyimpan rahsianya
Anda merupakan keyakinan kepada anak anda bila mana mereka berjauhan daripada anda.
Berdasarkan daripada pengalaman....ciri-ciri di atas memang ada dalam diri anak-anak saya. Semua yang mereka lakukan adalah cara untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada kita.
Ibu sayang haziq dan hafiy.